"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita "
Acapkali kita terdengar ungkapan ini.Mungkin itu satu lafaz yang amat mudah dan ringkas, namun memberi satu impak yang besar kepada sesiapa yang merasai dan mengalaminya.Ketahuilah bahawa hidup ini tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah.Namun, susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencatat sebuah kehidupan.
Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28:
....Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku ingat (pula ) kepadamu...(Al-Baqarah :152)
Ayat ini memberikan peringatan kepada mereka yang sering gelisah,gundah dan resah kerana terlalu banyak perkara yang berlegar di fikirannya, maka dengan mengingati Allah hati kita yang cukup resah tadi akan terubat dengan ketenangan dalam memperingatiNya.
Perlu kita sedar dan yakin bahawa dalam apa jua situasi, Allah akan sentiasa bersama kita.Hanya kita sendiri yang sering menjauhkan diri dariNya dan mudah alpa pada rahmatNya kepada kita.
Salah satu cara untuk menghilangkan kesedihan yang melanda diri adalah dengan memperbanyakkan istighfar untuk memohon maghfirah dariNya.
Dalam sebuah hadis disebutkan:
Barangsiapa meperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan untuk seyiap kesempitan dan jalan keluar untuk setiap kesulitan.
Oleh itu, hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran, warnailah kehidupan anda dengan bunga-bunga senyuman,dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan.Ingatlah bahawa hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga.Pasti usia kita berlalu setiap saat tidak sia-sia.
Insyaallah...
No comments:
Post a Comment