Imam Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah s.wt, ia juga befungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Apabila lalai dalam menunaikan solat, beerti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perbuatan keji dan mungkar
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya"
Hadis itu menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu.
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka celakalah orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya"
(Surah al-Maun ayat 4-5)
Dan ketahuilah bahawa solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah s.w.t berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat kita berada dalam keadaan sempurna, maka berulah dihitung pula amalan yang lain.
Wallahu a'lam....
No comments:
Post a Comment