Saturday, November 16, 2013

Kata Tidak Pada Mi Segera

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mi segera semakin menjadi kegilaan ramai terutamanya dalam kalangan mereka yang masih bujang.Ini kerana cara penyediaannya yang mudah,cepat dan ia merupakan makanan yang agak mengenyangkan dan boleh menjadi pengganti nasi.Fenomena mi segera tidak asing lagi dalam kalangan pelajar terutamanya mereka yang tinggal di hostel.Tapi, tidak kurang juga mereka yang tinggal di rumah sewa dan tiada masa yang banyak untuk diluangkan di dapur dek kerana assignment yang terlalu banyak seperti saya, maka mi segera lah pilihan utama saya...hehe

Walaupun sudah diketaui umum bahawami segera atau lebih dikenali sebagai meggi adalah kurang baik untuk kesihatan kita, namun kita tetap mengambil jalan mudah untuk memasak. 2 minit saje sudah cukup dalam penyediaan mi segera yang boleh menghilangkan rasa lapar terutamanya apabila berjaga hingga tengah-tengah malam untuk menyiapkan assignment.2 in 1, makan megi sambil buat assignment mungkin sudah sebati dengan kehidupan sebagai seorang pelajar.

megi3x..hari2 makan megi pun jemu jugak kan..
Namun, kita sebenarnya tidak digalakkan untuk mengamalkan makan mi segera dengan kadar yang terlalu kerana memudaratkan kesihatan kita.Berikut adalah kesan buruk makan mi segera :

  • menghalang penyerapan nutrisi
  • menyebabbkan kanser
  • keguguran
  • tinggi MSG
  • bahaya bagi pencernaan
  • kegemukan
Jadi, sekarang pilihan ada di tangan anda.Adakah anda masih mahu meneruskan tabiat makan megi atau ingin menjalani gaya hidup sihat?tepuk dada tanyalah selera.Selamat menjalani gaya hidup sihat.Katakan TIDAK pada mi segera!

Friday, November 15, 2013

Cemerlang Dunia Akhirat

Ciri-Ciri Insan Cemerlang Dunia Akhirat

  • Orang yang mengerjakan amal soleh
  • Orang yang khusyuk dalam solat
  • Meninggalkan perbuatan sia-sia
  • Memiliki ilmu dan menyampaikan
  • Sentiasa melakukan keadilan
  • Membersihkan harta

Cemerlang di Akhirat:
  • Mendapat balasan syurga
  • Mencapai keselamatan hidup di dunia dan akhirat
  • Mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah
  • Mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya

Berjaya di Dunia:
  • Memiliki harta dan pangkat serta terlampau memandang berat
  • Mencari harta hingga lupa tanggungjawab kepada Allah
  • Tunduk kepada hawa nafsu

Gagal di Akhirat:
  • Tidak guna pangkat dan kekayaan untuk mendapat keredhaan Allah
  • Meletakkan diri dalam bahaya yang besar
  • Tidak beramal dengan ilmu

Gagal di Dunia:
  • Tidak beriman kepada Allah
  • Mengikut apa yang bercanggah dengan Islam
  • Anak derhaka kepada ibubapa
  • Membenci guru/ilmu atau nasihat orang yang lebih tua
  • Menghina Islam dan sunnah Nabi
  • Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal

Gagal di Akhirat:
  • Mendapat siksaan api neraka
  • Diberi siksaan oleh Allah di dunia dan akhirat

Marilah kita mengaplikasikan konsep Al-Falah iaitu cemerlang di dunia dan akhirat dan bukanlah yang sebaliknya..Nauzubillah..semoga Allah meredhai hidup kalian Insyaallah..

Kisah Adam dan Hawa

Setelah puas berjalan-jalan sambil menikmati buah-buahan dan semua makanan yang lazat-lazat,Nabi Adam a.s kemudiannya berbaring di bawah sepohon kayu  dengan mengiring di atas lambungnya yang sebelah kanan sperti cara tidur Baginda Rasulullah s.a.w.Ketika sedang asyik bermenung, tiba-tiba dia terlena.Setelah terjaga dari tidurnya, Nabi Adam mendapati seorang perempuan muda yang sangat jelita sedang duduk di sisinya.Dia terkejut, takjub serta sangat gembira melihat kehadiran seorang perempuan muda dan jelita yang belum pernah dilihatnya itu.Lalu dia bertanya kepada perempuan itu "kamu ini siapa?" Jawab perempuan itu , " saya adalah Hawa (ertinya yang dicipta daripada sesuatu yang hidup iaitu diri Nabi Adam a.s sendiri )".

Setelah itu Allah s.w.t menceritakan kepada Nabi Adam a.s bahawa perempuan itu adalah sebahagian daripada dirinya sendiri yang diciptanya ketika dia sedang tidur tadi.Tuhannya yang menciptakan perempuan itu untuk dijadikan pasangannya sebagai teman hidup dan dicipta daripada tulang rusuk kirinya yang paling bawah sekali.

Apabila Nabi Adam a.s merenung Siti Hawa, tiba-tiba bertunas di dalam hatinya perasaan cinta yang membara dan bergejolak.Begitu juga dengan perasaan Siti Hawa terhadap Nabi Adam a.s. Ini semua kerana Allah s.w.t mahu meperlihatkan tanda-tanda kebesaranNya kepada kita sebagaimana firmanNya di dalam al-Quran surah arRum ayat 21 bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah s.w.t) mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang . Dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang suka berfikir".


Adam dan Hawa (gambar hiasan)

Maka, hidup bersenang-senanglah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa di dalam syurga dan menikmati segala apa yang ada di dalam syurga.Tetapi Nabi Adam a.s perlu awas terhadap satu tegahan Allah, iaitu mereka berdua tidak dibenarkan sama sekali mendekati sejenis tumbuhan , apatah lagi untuk memakan buahnya.Hal ini diceritakan oleh Allahs.w.t melalui firmanNya di dalam Al-Quran dalam surah Al-A'raf  ayat 19 yang bermaksud:

"Wahai Adam! Tinggallah kamu di syurga ini bersama-sama isterimu dan makanlah kamu berdua buah-buahannya di mana sahaja kamu sukai.Tapi janganlah kamu berdua mendekati pokok ini , nanti kamu akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim."

Itulah larangan pertama Allah s.w.t terhadap Nabi Adam dan Siti Hawa di syurga.Mereka perlu berhati-hati terhadap larangan Allah itu.Iblis laknatullah yang berada di bumi dapat mengetahui tentang pokok larangan itu dan berazam mahu memperdayakan kedua-dua insan musuhnya itu supaya mereka menderhakai Allah s.w.t  dengan cara memakan buah kayu itu.


-Dipetik dari buku Kisah-Kisah 25 Nabi-

Thursday, November 14, 2013

Jumaat Sayyidul Ayyam

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkandoa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 1)  Allah ciptakan Adam , 2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,3) Allah mematikan Nabi Adam, 4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Jumaat Sayyidul Ayyam

Sakit itu Kaffarah Dosa

Hari ini saya demam lagi..Baru saje beberapa bulan lalu saya mengalami demam yang agak teruk sehingga melarat dalam tempoh yang agak lama..Namun, hari ini saya mengalami situasi yang sama..kepala terasa begitu berat seperti memikul beban yang besar, dan ia menjadikan saya tidak boleh sujud dalam tempoh yang lama..badan terasa sejuk, dahi panas seperti bara api..makan pun tidak selera..semuanya terasa tawar di tekakku..saya tidak dapat bergerak ke mana-mana melainkan baring untuk mendapakan rehat yang secukupnya..Kuliah pun saya tidak hadir, sekali lag saya ponteng kelas atas sebab tidak sihat..
Ya Allah begitu berat ujian dariMu..namun, saya redha dengan sakit yang ku tanggung ini..sebenarnya bila ku fikir balik, tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan mereka yang berada di medan perang untuk bertarung nyawa menegakkan Islam..


Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30.
Kepada para sahabat, doakanlah saya supaya kembali sihat walafiat seperti biasa supaya saya dapat melakukan aktiviti harian saya seperti biasa.
"Ya Allah kuatkanlah semangatku dalam menghadapi ujian dariMu ini"







"Sesungguhnya demam itu berpunca daripada api neraka, maka sejukkanlah ia dengan air"
-HR Muslim-

Demam itu kan kaffarah daripada dosa-dosa kita.Setiap musibah atau penyakit yang Allah berikan kepada hambaNya adalah sebagai suatu peringatan buat kita untuk lebih dekat padaNya.Maka kita seharusnya bersyukur dengan nikmat sakit yang kita rasai ini.


Aminnnn...

Redha dengan KetentuanNya

BismiLLAHir Rahmanir Raheem...
DALAM meniti liku-liku kehidupan inikita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat
diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.


Apa maksud redha?

Redha menurut Ibn Rajab alHanbali (w. 774H), Ridha ialah suatu perasaan yg berlawanan dgn hawa nafsunya. Cth, bila dia ditimpa musibah, dia menerima penderitaan walaupun bertentangan dgn hawa nafsunya.

Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi ialah redha akan qadha (ketentuan Allah) dgn tabah dan lapang dada. Berdo'a dan dari lari dari sesuatu waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak ridha (al_Islam jld 1). Dr Qardhawi pula Ridha adalah buah iman kepada taqdir (ketentuan Allah) dan qana'ah (merasa cukup) dgn rezki yg Dia berikan. (alIman bil Qadr)


 Bagaimana untuk mencapai redha?

 Cara mencapai redha adalah buah iman kepada Qadha' dan Qadr. Ia adalah latihan kerohanian. Menurut Ibn Rajab, qadha' tercapai bila kita peka dengan percaturan ALlah jauh lebih baik dari percaturan kita, perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita; kemudian meyakini di sebalik segala ujian itu tersimpan pahala yg besar dan akhir sekali disebalik musibah dan ujian itu adalah mendapat cinta agung dari Allah SWT.

Apakah petunjuk atau petanda yg Allah redha pada kita?

Kata alQardhawi:

a. Jiwa yg kaya. (Dalil: HR Syaikhan," tidaklah kaya itu dgn bertimbunnya harta, yg dikatakan kaya itu adalah kaya jiwa."

b. bersungguh mencari rezki dan menggunakan jalan yg paling suci dan halal. 

c. ia tidak memasang angan-angan , irihati dan cuba melakukan apa yg sebenarnya di luar kemampuannya.


Dalil: AQ anNisaa':4:32 (dan janganlah kamu irihati terhadap kelebihan yg diberikan Allah ke atas sebahagian dari kamu atas sebahgian yg lain)

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT,ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yangsebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.


Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya.Kerana, kita ini adalah sebenar-benarhamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.



Redha perlu dicari bukan dinanti



        Recite Al-Quran
             Educate iman
                  Dua'a for bless
                        Hand in solah
                                 Allah will always by your side

Ameen ya Rabbal alamin.... =)

Wednesday, November 13, 2013

Khusyukkah kita?

Kita sering teringat atau terfikir sesuatu ketika sedang solat,mendapat idea ketika sedang solat,fikiran melayang ketika solat kerana terfikir banyak perkara duniawi yang seharusnya kita tinggalkan sebentar untuk memberi fokus kepada ibadah solat kita.Persoalannya khusyukkah kita?Ya, memang sukar untuk memperleh khusyuk dalam solat, namun kita sebagai hambaNya perlulah berusaha untuk mendapatkan khusyuk ketika solat kerana Allah akan melihat usaha kita.

Imam Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah s.wt, ia juga befungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Apabila lalai dalam menunaikan solat, beerti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perbuatan keji dan mungkar


Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya"

Hadis itu menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu.

Firman Allah yang bermaksud:
"Maka celakalah orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya"
(Surah al-Maun ayat 4-5)

Dan ketahuilah bahawa solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah s.w.t berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat kita berada dalam keadaan sempurna, maka berulah dihitung pula amalan yang lain.

Wallahu a'lam....

Cemburunya Wanita Solehah


  • Saya tidak cemburu apabila melihat wanita yang lebih cantik daripada saya
  • Tapi, saya sangat cemburu melihat wanita yang lebih solehah daripada saya
  • Saya tidak cemburu melihat wanita lain mendapat suami yang kaya
  • Tapi, saya cemburu apabila melihat wanita lain mendapat suami yang soleh dan berakhlak mulia
  • Saya tidak cemburu pada mana-mana wanita yang menjadi pujaan dan pujian para ajnabi
  • Namun, saya sangat cemburu apabila wanita solehah di luar sana menjadi pilihan para lelaki soleh dan bertaqwa
  • Namun,soleh atau solehahnya seseorang itu bukan terletak pada kecomelannya berkopiah atau bertudung labuh, tapi letaknya pada iman dan amalannya.Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui.
  •  " Ya Allah, kau bimbinglah dan  jadikanlah semua pembaca blog ini seorang yang soleh dan solehah serta sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman dan mencintaiMu.."            
                                                            Aminnn.........


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Monday, November 11, 2013

La Tahzan Innallaha Maana

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita "

Acapkali kita terdengar ungkapan ini.Mungkin itu satu lafaz yang amat mudah dan ringkas, namun memberi satu impak yang besar kepada sesiapa yang merasai dan mengalaminya.Ketahuilah bahawa hidup ini tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah.Namun, susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencatat sebuah kehidupan.


Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28:
....Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku ingat (pula ) kepadamu...(Al-Baqarah :152)

Ayat ini memberikan peringatan kepada mereka yang sering gelisah,gundah dan resah kerana terlalu banyak perkara yang berlegar di fikirannya, maka dengan mengingati Allah hati kita yang cukup resah tadi akan terubat dengan ketenangan dalam memperingatiNya.

Perlu kita sedar dan yakin bahawa dalam apa jua situasi, Allah akan sentiasa bersama kita.Hanya kita sendiri yang sering menjauhkan diri dariNya dan mudah alpa pada rahmatNya kepada kita.

Salah satu cara untuk menghilangkan kesedihan yang melanda diri adalah dengan memperbanyakkan istighfar untuk memohon maghfirah dariNya.

Dalam sebuah hadis disebutkan:
Barangsiapa meperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan untuk seyiap kesempitan dan jalan keluar untuk setiap kesulitan.

Oleh itu, hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran, warnailah kehidupan anda dengan bunga-bunga senyuman,dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan.Ingatlah bahawa hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga.Pasti usia kita berlalu setiap saat tidak sia-sia.

Insyaallah...

Sunday, November 10, 2013

Wanita Solehah Bidadari Syurga


Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w bersabda : Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

HR Muslim

Siapakah wanita solehah itu?


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,
Maruah terpelihara,
Perhiasan terindah di dunia ini

Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.Apabila imejnya sudah menggambarkan peribadi dan akhlaknya, Insyaallah segalanya akan terpelihara.Semua akan menghormatinya kerana imejnya yang sopan dan mengikut syariat Islam.


Ciri-ciri Wanita Solehah:


Berakhlak mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama

Dari keturunan yang baik-baik.

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.


Sejuk mata memandang.

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.

Bersifat keibuan, menyenangkan orang tua dan menggembirakan anak-anak

* Peringatan buat lelaki yang mengidami wanita seperti ini! Adakah anda sudah dahulu menjadikan diri sebagai lelaki idaman!?

“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan berusaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” - Hilal Asyraf, Penyusun - Pakar Diari hati


Saturday, November 9, 2013

Kalam Bicara

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t
Ahlan wasahlan saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini.Semoga semua dalam lindungan rahmatNya..Insyaallah..
Blog ini adalah salah satu medium dakwah yang saya manfaatkan untuk kebaikan diri sendiri dan para pembaca yang dirahmati Allah sekalian..Sedikit sebanyak info, tips,petua dan cerita terbaru mengenai saya juga saya selitkan di sini..

Segala penulisan saya tiada kaitan dengan sesiapa dan ianya hanya terbit dari sumber inspirasi saya sendri..Semua yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala kekurangan itu datang dari diri saya sendiri..anda dialu-alukan untuk memberi komen serta cadangan bagi memperbaiki segala paparan blog ini..

Wasalam..

Syukran jazilan sudi ziarah blog ini